Mungkin sudah ditakdirkan Allah SWT kepada Mek Wook bahawa nenek tua itu terpaksa menerima satu lagi ujian pada usia emasnya apabila dia diperdaya oleh anak saudaranya sendiri sehingga memungkinkannya kehilangan tempat tinggal dan tanah.
Menurut laporan dari Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir memberitahu Mek Wook didatangi anak saudaranya yang dikenali sebagai Din pada tahun 2004 dan menawarkan diri untuk menyimpan geran tanah milik nenek tua itu.
Tiga tahun kemudiannya, Din datang bertemu dengan Wook dan mengajaknya ke satu tempat yang tidak dinyatakan serta meminta nenek tua itu menurunkan cap jarinya di atas satu kertas.
Ketika itu, Wook mungkin bloeh dikatakan bersangka baik terhadap anak saudaranya itu dan tidak langsung mengesyaki apa-apa niat buruk meskipun tidak memahami dengan tindakan yang didorong Din itu.
Tembelang Din mula pecah apabila seorang lelaki datang ke rumah Wook pada Disember tahun lalu dan meminta dia dan suaminya, Mohd Nor Musa, 39, keluar berpindah serta merta memandangkan tanah yang menjadi tapak rumahnya itu telah dijual.
Menyedari dirinya tertipu dan tanah tempat yang menjadi tempat tinggalnya sejak sekian lama itu mungkin bukan lagi menjadi miliknya, Wook bertindak bersama suami membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Mujurlah Wook bertindak melaporkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa dan meminta agar keadilan diberikan kepadanya sementara usianya masih ada.
Meskipun dibatasi oleh usia yang lanjut, Wook tidak mengenal erti putus asa untuk berjuang demi hak dan diri yang tertipu oleh insan yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya.
kredit
No comments:
Post a Comment