Wednesday, January 25, 2012

Rahsia Bentuk Jati Diri Maskulin



Bertepatan melangkah ke tahun baru (2012), tiba masa anda melakukan perubahan pada diri sendiri untuk membentuk jati diri lebih maskulin dan sejati. Buat panduan anda, belek helaian halaman 44 hingga 49. Segalanya Maskulin paparkan persediaan dan tip untuk menjadi seorang lelaki yang lebih hebat. Hebat dalam berkomunikasi, bijak berfikir, mempunyai nilai semangat dan kerohanian diri, berdisiplin, hebat gaya dan penampilan serta sihat emosi.


Berkomunikasi Dengan Bijak
“Komunikasi yang baik tidak bermakna anda perlu bercakap dalam ayat yang sempurna dan berperenggan.. Mudah dan jelas sudah mencukupi.” - John Kotter, pensyarah dan penulis Harvard Business School Dunia semakin maju. Seiring dengan arus pembangunan, begitu jugalah dengan cabaran yang perlu ditempuhi dalam merealisasikan impian. Namun, bukan mudah. Ternyata antara syarat untuk bergerak maju dalam apa jua termasuk perhubungan, pendidikan, keluarga mahupun kerjaya adalah kebolehan untuk berkomunikasi dengan bijak dan teratur. Melangkah ke tahun baru , Maskulin berikan anda tip berkomunikasi dengan lebih bijak dan baik.


Bicara Dengan Ikhlas
Berkomunikasi mungkin tampak senang dan ringkas. Namun anda perlulah mulakan setiap perbualan dengan ikhlas dan jujur. Katakan apa sahaja yang anda maksudkan dan maksudkan apa yang anda kata.


Sikap Dan Kepercayaan Pengaruh Komunikasi
Sikap positif dan kepercayaan teguh pada sesuatu perkara memberikan impak besar dalam apa jua bentuk komunikasi. Ia juga membantu anda dalam berinteraksi dengan lebih bijak dan teratur. Oleh itu jujur, sabar, yakin dan sentiasalah menghormati diri sendiri serta dengan siapa anda berbicara.


Pandang Mata
Salah satu hukum wajib dalam setiap cabang komunikasi.


Tidak kira sama ada anda sedang bercakap mahupun mendengar. Lihat dengan tepat ke mata mereka yang sedang berinteraksi dengan anda agar perbualan lebih bermakna. Tatapan ketika sedang bercakap melahirkan minat malah menggalakkan sesiapa sahaja untuk mendengar.


Bahasa Gerak Tubuh
Apabila mulut berbicara, jangan dilupakan bahasa tubuh. Ia juga memainkan peranan penting dalam seni interaksi. Ada kalanya, gerak tubuh lebih menyampaikan daripada patah perkataan. Oleh itu, memantapkan lagi komunikasi dengan postur badan yang meyakinkan mengikut kesesuaian topik komunikasi.


Berani Bersuara
Berkomunikasi ada kalanya boleh mendatangkan gentar. Tepis segala perasaan negatif tersebut. Beranikan diri untuk memulakan sebarang perbualan. Bersikap yakinlah apabila ingin berkomunikasi agar terjamin perbualan tersebut boleh mendatangkan respons dari awal hingga akhirnya.


Sebutan Biar Jelas
Ton, volum dan rona suara ternyata mempengaruhi komunikasi anda. Ia juga boleh memberikan impak pada kelangsungan interaksi. Setiap kali ingin berbicara, suara anda diasah sebaik mungkin dan tambahkan nada suara yang betul bagi mengurangkan risiko salah faham ketika berinteraksi.


Sumber : http://www.karangkraf.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...