Secara fitrahnya orang lelaki dicipta oleh Allah sebagai seorang ketua. Buktinya, apabila solat berjemaah yang melibatkan makmum lelaki dan perempuan maka orang lelakilah yang mesti menjadi imam. Apabila anak perempuan mahu dinikahkan maka orang lelakilah yang mesti menjadi tok kadi dan wali. Jelas lelaki dicipta untuk menjadi pemimpin atau ketua. Namun, bersediakah anda?
Dalam pembahagian harta pusaka juga anak lelaki mendapat bahagian sekali ganda lebih dari anak perempuan. Secara semula jadi juga susuk tubuh orang lelaki lebih tegap, lasak dan kuat berbanding orang perempuan. Begitu juga dalam bab nikah kahwin, lafaz talak diberikan kepada lelaki dan tidak kepada perempuan. Bukanlah bermakna Islam melebihkan lelaki berbanding perempuan.
Banyak pula kelebihan-kelebihan bagi kaum perempuan jika mahu dikupas tetapi artikel ini berkisar kepada soal lelaki.
Sebab itulah apabila suami dan isteri berkahwin, meski pun dari segi pekerjaan isteri lebih berpendidikan, jawatannya lebih tinggi dan gajinya lebih besar, namun apabila berada di rumah dia tetap seorang isteri yang perlu taat pada suaminya.
Mutakhir ini banyak sekali kedengaran orang perempuan yang jauh lebih matang dan berusia mengahwini lelaki muda.
Dari segi moralnya tiada apa salahnya pun. Malah Nabi saw berkahwin dengan Siti Khadijah yang jauh lebih berusia darinya. Tetapi perlu diingat dalam bab urusan keluarga dan rumah tangga, hak suami sebagai seorang ketua keluarga tetap mesti dipatuhi dan dihormati.
Persoalannya sekarang bagi orang lelaki, adakah kita sudah bersedia untuk menjadi ketua? Kelebihan dan fitrah yang telah tuhan berikan tidak membawa sebarang makna jika orang lelaki sendiri tidak menyedarinya dan tidak memperlengkapkan dirinya bagi menjadi seorang ketua yang berwibawa dan berkesan.
Suka atau tidak satu hari nanti seorang lelaki itu akan berkahwin dan menjadi bapa pada anak-anaknya. Ketika itu peranannya sebagai ketua menjadi lebih penting agar anak-anak tidak tersalah didikan.
Persediaan Perlu Dititikberatkan
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh orang lelaki sebagai persediaan menjadi seorang ketua :
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh orang lelaki sebagai persediaan menjadi seorang ketua :
1. Seorang Ketua Mestilah Seorang Yang Berilmu
Sebab orang bawahan, anak isteri dan mereka yang ada di sekeliling akan sentiasa menjadikan kita sumber rujukan bagi mendapatkan pandangan. Ilmu yang mesti dikuasai bukan dalam bidang pekerjaan kita sahaja.

Sebaliknya seorang lelaki itu perlu mempunyai banyak pengetahuan tentang perkara-perkara yang umum. Malah tidak salah jika orang lelaki juga pandai memasak, menggosok dan menjahit. Satu hari nanti kalau sudah beristeri dan isteri sakit kitalah juga yang mesti melakukannya.
Tidak semua orang ada dan mampu mengambil pembantu rumah. Malah membantu isteri melakukan kerja rumah tidak menjatuhkan kedudukan kita sebagai ketua dan tidak kurang sedikit pun kelelakian kita. Ada orang perempuan yang kata lelaki seperti itu malah lebih romantik.
2. Orang Lelaki Juga Perlu Peka Dengan Isu Semasa
Ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Nanti tidaklah terpinga-pinga apabila orang berbicara tentangnya. Jangan jadi ketua umpama katak di bawah tempurung yang tidak peka dengan perubahan, tidak lengkap dengan pengetahuan dan tidak ambil pusing apa yang berlaku di sekeliling.

3. Seorang Ketua Mesti Mampu Membuat Satu Keputusan Yang Bijaksana
Keputusan yang bijaksana pula datangnya melalui pengalaman. Pengalaman hanya akan diperoleh apabila seseorang itu sanggup mencuba, ambil risiko dan berdepan dengan kegagalan. Sebab setiap kegagalan itu mempunyai banyak pengajaran yang boleh diambil dan akan mematangkan kita. Oleh itu jadilah seorang ketua yang bijaksana dengan berani mencuba sesuatu yang baru dan mengambil risiko. Selagi risiko itu dalam ruang yang boleh diuruskan. Bukannya mengambil risiko secara membuta tuli.

4 Seorang ketua mestilah ada daya tarikan Oleh itu cuba cermin diri sendiri dan tengok diri kita. Adakah penampilan yang cuba ditonjolkan sesuai dengan imej, kerjaya dan bidang yang diceburi?. Tidak semestinya semua lelaki perlu tampil dengan berkot dan bertali leher baru nampak gah.
Kalau cara berpakaian tidak sesuai dengan majlis dan suasana pun orang akan mentertawakan kita juga. Bayangkan sahaja seorang mekanik yang sedang membaiki motor dengan berkot dan bertali leher, pastilah sangat tidak sesuai.
Yang penting sebagai seorang lelaki yang secara fitrahnya diletakkan sebagai ketua maka fikirkan cara terbaik untuk nampak menarik dan hebat. Tidak perlu pakaian dan aksesori yang mahal lagi berjenama tetapi cukuplah sesuai dengan tujuannya. Usah terlalu terpengaruh dengan iklan kecuali bagi mereka yang mampu.
Sumber : http://www.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment