Friday, February 17, 2012

Piala Thomas: Mara ke peringkat akhir

KUALA LUMPUR – Skuad badminton negara menempah tiket ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan selepas mengalahkan India 3-0 pada peringkat suku akhir pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau hari ini.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperuntukkan empat tempat kepada wakil Asia dalam Piala Thomas dan tiga tempat dalam Piala Uber.
China dan Korea Selatan masing-masing telah layak ke pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber selaku juara bertahan.
Pada perlawanan Piala Thomas hari Khamis, pemain No 1 dunia Datuk Lee Chong Wei yang turun selaku pemain pertama negara dipaksa bekerja keras sebelum mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram, 21-12, 17-21 dan 21-8 dalam masa 47 minit.
Beregu utama negara Koo Kien Keat/ Tan Boon Heong kemudian mengutip mata kedua buat negara selepas mengatasi gandingan Rupesh Kumar/ Sanave Thomas 21-14, 23-21 dalam masa 34 minit.- BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...