Saturday, February 11, 2012

Padah Mencuri Motorsikal Pengawal Keselamatan

KELANA JAYA – Seorang lelaki dibelasah teruk beserta dengan makian akibat mencuri motosikal milik seorang pengawal keselamatan di Giant, Kelana Jaya baru-baru ini.
Pencuri yang berasal dari Gombak itu dilihat diherdik, ditengking dan dipukul dengan beberapa alat keselamatan milik pengawal keselamatan yang dirakamkan oleh saksi ketika kejadian itu berlaku di lokasi tersebut.
Sebelum kejadian itu berlaku, seorang pengawal keselamatan baru sahaja selesai melakukan rondaan di sekeliling tapak parkir pusat membeli belah itu dan meletakkan motosikalnya yang tidak dimatikan enjin di luar bilik kawalan keselamatan.
Sejurus selepas keluar semula dari bilik kawalan itu, pengawal keselamatan itu melihat dua orang lelaki dalam cubaan untuk melarikan motosikal miliknya.
Pengawal keselamatan itu dengan cepat menolak pencuri hingga motor miliknya itu terseret hampir-hampir mengenai kereta milik Pengarah pusat membeli belah itu.
Difahamkan, terdapat dua orang lelaki yang menjadi suspek dalam cubaan mencuri itu namun, seorang lagi lelaki berjaya melarikan diri.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...