Thursday, February 16, 2012

Lelaki pertama yang melahirkan anak



Tahukah anda bahawa Thomas Beatie, ‘lelaki’ pertama yang mengandung di dunia kini dikatakan telah berjaya melahirkan tiga orang anak bersama pasangannya Nancy Beatie?
Thomas melahirkan anak perempuan pertamanya pada 29 Jun 2008 yang diberi nama Susan dan kemudiannya melahirkan seorang bayi lelaki yang dirahsiakan nama pada 9 Jun tahun berikutnya.
Dia dikatakan sedang menanti kelahiran bayi ketiganya bersama Nancy melalui penderma benih yang diperoleh dari bank sperma.
Pelik atau tidak, Thomas sebenarnya merupakan salah seorang dari golongan transgender yang membuat pembedahan menukar jantina pada tahun 2002 dan berkahwin dengan Nancy pada awal tahun berikutnya.
Nama asal Thomas ialah Tracy LaGondino yang dan tidak dapat dinafikan bahawa dia merupakan seorang gadis dari Hawaii yang jelita pada suatu masa dahulu.
Ketika menjalani pembedahan transgender, LaGondino turut meminta doktor pakar untuk menstruktur semula buah dadanya seperti lelaki dan memilih untuk membiarkan bahagian organ pembiakan wanita pada tubuhnya.
Selain itu, dia turut meminta agar diberikan hormon testosteron dengan dos yang tinggi agar kelihatan seperti lelaki dari segi suara, misai, janggut dan bulu-bulu di tubuhnya.
Melucukan, ramai yang tertanya-tanya tentang anak-anak pasangan Thomas – Nancy itu sama ada akan wujud kekeliruan untuk memanggil Thomas sebagai ‘ayah’ atau ‘ibu’ memandangkan dia yang melahirkan mereka!
Pasangan yang memperjuangkan hak transgender itu kini menetap di Oregon, Amerika Syarikat sejak sama-sama berpindah dari Hawaii pada tahun 2006.
Berikut adalah gambarnya ketika masih lagi memegang identiti LaGondino




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...