JERANTUT – Hasrat seorang peneroka, Felda Kota Gelanggi Dua di sini untuk memberi makanan kepada beruang betina tidak kesampaian apabila haiwan liar itu ditemui mati di kawasan ladang tersebut semalam.
Peneroka tersebut, Baba Madon, 65, berkata, dia menemui beruang itu kira-kira pukul 5 petang semalam dan sedih kerana haiwan itu mati dipercayai akibat kelaparan kerana sukar mencari makanan di ladang sawit itu.
“Saya menyediakan setandan pisang untuk diletakkan di tepi ladang memandangkan haiwan betina ini seolah-olah lapar dan tidak mampu bergerak pantas.
“Walaupun haiwan itu boleh mengancam manusia, tetapi naluri saya terpanggil untuk membawa makanan terhadap beruang tersebut kerana kasihan melihat fizikalnya seolah-olah sarat bunting,” katanya kepada pemberita di Felda Kota Gelanggi Dua, dekat sini hari ini.
No comments:
Post a Comment