Thursday, February 16, 2012

Arsenal dibelasah!! Wenger berang


ARSENE WENGER tidak dapat mengawal kemarahannya selepas Arsenal mudah dibelasah 4-0 oleh AC Milan pada aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di San Siro, awal pagi tadi.
Kevin-Prince Boeteng memulakan pesta gol Milan sebelum dua jaringan Robinho serta sepakan penalti Zlatan Ibrahimovic memberikan kekalahan terbesar The Gunners di pentas Eropah.
Lantas Wenger menganggap ia persembahan terburuk Arsenal  sepanjang penampilan mereka pada saingan Liga Juara-Juara dan mengakui pasukannya sudah tiada peluang untuk layak ke suku akhir biarpun masih ada baki 90 minit aksi kedua di Stadium Emirates.
“Ia keputusan mengejutkan dan satu persembahan yang turut mengejutkan. Kami buat kesilapan demi kesilapan dan sememangnya wajar dihukum pasukan lawan. Ia malam yang takkan dapat dilupakan, persembahan terburuk kami di Eropah.
“Sepanjang 90 minit, tiada satu pun detik yang kami benar-benar berada dalam permainan. Kami cukup teruk di bahagian serangan dan pertahanan. Tak boleh nak salahkan padang. Jadi kami perlu segera baiki kekuatan mental menjelang perlawanan penting Piala FA menentang Sunderland, Sabtu ini,” kata Wenger.
Pada satu lagi perlawanan awal pagi tadi, Zenit St Petersburg mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Benfica di laman sendiri.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...