Wednesday, January 18, 2012

Bahana Rokok!!!


Rokok??? Apa sebenarnya rokok ini??? Seperti yang kita sedia maklum (mungkin sesetengahnya tidak mengetahui), rokok ini buatan Yahudi. Mengapa Yahudi ini sanggup mencipta satu benda yang kita pasti boleh membahayakan kesihatan sehingga boleh menyebabkan penyakit tersebut boleh diwarisi oleh generasi terkemudiannya. Adakah kita pernah berfikir, betapa halusnya permainan Yahudi dalam memastikan umat manusia mengikut telunjuk mereka khususnya kepada umat Islam. Sedangkan kalau kita berada di negara mereka, kita boleh dihalau keluar dari rumah jika menghisap rokok dalam rumah mereka. Hal ini tidak pelik kerana perkara ini sudah menjadi tabo dalam kehidupan seharian mereka, mereka sangat benci akan perokok (walaupun mereka yang telah menciptankannya). Allah telah menganugerahkan bangsa yahudi ini dengan darjat kemuliaan yang begitu tinggi. Namun, akibat keangkuhan mereka, keegoan mereka, kesombongan mereka, darjat tersebut telah ditarik balik sehingga mereka telah dilaknat oleh Allah. Lihatlah dunia pada hari ini, bagaimana mereka menguasai segenap bidang. Bidang politik, ekonomi, fizik, kimia, perdagangan, astronomi dan banyak lagi waima bangsa mereka sedikit Yahudi ini boleh menguasainya. Bangsa Yahudi, bangsa yang paling sukar nak dipercayai. Kelicikan mereka dalam mengatur segenap konspirasi-konspirasi yang popular di dunia sangat mengerunkan manusia terutamanya umat Islam. Bagaiamana konspirasi mereka dalam serangan 9/11 begitu teratur sehinggakan ada umat Islam sendiri yang turut mempercayai bahawa insiden tersebut dilakukan oleh PEJUANG ISLAM. Disebabkan insiden tersebut, berlakulah Islamphobialisme sehingga ke hari ini kesannya konspirasi si Yahudi ini. 



Rokok juga telah mengalami perubahan zamannya dari segi perisa, saiz, design boxnya dan macam-macam lagi. Kalau korang perhatikan gambar rokok kat atas tue, adakah perokok akan berhenti merokok setelah dipaparkan imej janin bayi yang tidak cukup matang pralahirnya pada box rokok tersebut? saya dengan yakin akan jawab tidak. sebab apa? saya lelaki, saya tahulah (gurau je) (mungkin sesetengahnya akan berhenti, namun ia dalam kuantiti yang amat sedikit, kalau berhenti pun, ia sukar untuk bertahan lama). Isunya kat sini ialah ketagih, kalau sudah ketagih, korang ingat senang ke nak berhenti merokok macam itu saja, sudah tentu jawapannya tidak. Begitu jugalah dengan si perokok ini, setelah berbelas tahun merokok, adakah senang bagi mereka untuk tidak merokok lagi. Sudah tentu, perkara ini sungguh perit untuk mereka tinggalkan. Sekalipun korang letak gambar Justin Bieber (gurau je) kat box rokok itu pun. Kalau dah ketagih sangat, mereka tetap akan merokok juga akhirnya. Itulah bahana rokok, kalau sudah ketagih, memang payahlah nak buang.

Nukilan ~ anakmatu

Note: Sayangilah diri dan juga orang lain, lama dah berhenti merokok :)




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...