Pada cuti persekolahan yang lalu, Cikgu Anum membawa kami melawat ke Tugu Peringatan Negara. Tugu itu terletak di Kuala Lumpur berdekatan dengan bangunan Parlimen.
Menurut Cikgu Anum, tugu itu dibina untuk mengingati jasa askaraskar yang telah terkorban kerana menjaga keamanan negara. Lima buah patung askar di bahagian atas menandakan kemenangan mereka mengalahkan musuh. Dua buah patung yang terbaring di bahagian bawah pula menandakan musuh-musuh negara yang telah dikalahkan. Selepas mendengar penerangan Cikgu Anum, barulah kami tahu tujuan tugu itu dibina. Kami bersyukur kerana dapat hidup di negara yang aman dan makmur.